'"" '>

Thursday, 27 October 2011

Trial SBPI : Langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak .

     Mantan Presiden Indonesia Bung Karno pernah berkata "Jika diberikan aku 100 orang pemuda nescaya aku mampu menggoncang dunia tetapi jika diberikan  aku 1000 orang tua maka tewaslah aku". Demikianlah proklamasi yang menggambarkan betapa pentingnya remaja pada hari ini . Namun remaja semakin hilang punca dan arah seiring dengan kemajuan serta pembangunan negara yang dikecapi sekarang . Mereka lupa pengorbanan generasi terdahulu seperti Mat Kilau , Dato' Maharajalela , dan Rentap dalam usaha memerdekakan tanah air tercinta .  Oleh itu , pihak tertentu terutamanya ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak mereka . Persoalannya , apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam memastikan hasrat ini tercapai ?

     Langkah perdana yang perlu dilakukan oleh ibu bapa adalah memberikan penekanan tentang sejarah sejak dari kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya kerana anak ibarat kain putih , ibu bapalah yang harus mencorakkannya menjadi Yahudi atau Nasrani . Hal ini demikian kerana , anak yang masih kecil mudah menerima ajaran , nasihat atau teguran dari orang yang lebih dewasa . Ibu bapa perlu menunjukkan contoh teladan yang baik dalam memberikan penekanan tentang sejarah kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya . Pupuklah minat membaca bermula dari bahan-bahan sejarah yang ringan sebagai langkah permulaan bagi menerapkan nilai patriotisme serta semangat patriotik dalam jiwa anak-anak . Kenalkanlah tokoh-tokoh sejarah dan pejuang kemerdekaan kepada anak-anak . Oleh itu , ibu bapa seyogianya serius dalam menjalankan tanggungjawab mereka agar dapat melahirkan generasi berwawasan yang celik sejarah serta tahu asal usul negara pada masa akan datang .

     Selain itu , ibu bapa seyogianya mengadakan lawatan bersama anak-anak pada waktu hujung minggu atau cuti penggal persekolahan . Lawatan ke tempat-tempat bersejarah seperti Tugu Negara , Muzium Negara , dan Muzium Samudera merupakan langkah terbaik dalam menerapkan semangat patriotik . Hal ini demikian kerana , anak-anak dapat melihat dengan lebih jelas tentang sejarah serta pengorbanan para pejuang terdahulu yang sanggup berputih tulang dalam memerdekakan tanah air berdasarkan bukti-bukti fizikal serta ukiran patung tokoh-tokoh kemerdekaan atau artifak yang dipamerkan . Secara tidak langsung dapat menyemarakkan semangat anak-anak di samping kebijaksanaan ibu bapa dalam memberikan kata-kata perangsang yang mampu meniupkan semangat ke dalam diri anak-anak mereka . Oleh itu , ibu bapa hendaklah meluangkan masa bersama-sama mereka ke tempat-tempat bersejarah . 

1 comment:

  1. Sangat Bagus. Mantap with killer points. VIVA FARAH SYUHADA

    ReplyDelete